Tuesday, 22 October 2013

Kek Lapis Kukus Coklat Cream Cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera...buat pengunjung blog yang dikasihi...sekian lama tak update blog....harap2 usaha kali ni berjaya...in sha Allah...disini ima nak kongsikan beberapa gambar kek lapis kukus coklat cream cheese yang berjaya ima buat, alhamdulillah...sangat sedap..terima kasih yang tak terhingga pada yang empunya resepi...yatie dan kak nor azmihah..kedua2 resepi telah ima cuba alhamdulillah menjadi dan sedap...alhamdulillah dah ada juga yang menempah...mintak izin ye..kak nor dan yatie untuk ima kongsikan resepinya disini ...
yang ni hasil dari resepi kak nor azmihah


yang ni pulak hasil dari resepi yatie

resepi : yatie http://yatiememories.blogspot.com
sumber : kak nor http://www.secubitgaramnor67.com/

Kek Lapis Kukus Cream Cheese
loyang saiz 8x8x3 inci

BAHAN  A

* 250 gm cream cheese
* 60 gm gula halus
* 1biji telur
* 1 sudu besar air
* 1 sudu besar tepung gandum

CARA-CARA
1.Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati.
2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum.Pukul lagi dan gaul sebati.
3.biarkn sebentar.

BAHAN  B (KEK) 

* 2 biji telur
*1 cawan gula halus
* 1 sk vanilla
* sedikit garam
* 1/2 cawan air panas didih
*1/2 cawan susu segar/cair
*1/2 cawan minyak jagung/masak
* 1 cawan tepung gandum*
* 3 sudu besar serbuk koko*
* 1 sudu kecil baking soda*
* 1/2 sudu kecil baking powder*( bahan2 bertanda * perlu diayak dulu)

CARA-CARA
1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
3. Masukkan air panas, susu dan minyak.
4. Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak dan digaul sebati.
5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.
1. Panaskan kukusan dan balut dgn kain penutupnya.Guna api sederhana shj.
2. Sapukan sedikit minyak/mentega disekeliling loyang dan dialas dgn kertas minyak.
3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
5.Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya,tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit
6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Saturday, 22 September 2012

Raptai je...

Assalamulaikum....
Tanggal 22 sept jam 2 petang, bermulalah majlis raptai pertandingan mental arimetik.Tadi baru raptai yang berlangsung....esok barulah betul2 kejadiannya....tapi aisy masuk persembahan tarian je...hihi,yang kelakarnya masa giliran kumpulan aisy buat persembahan tiba2 muzik terhenti...ada masalah teknikal pulak...kesian budak2 tu tak sempat nak habiskan tarian mereka....lepas tu apa lagi kita orang pun berangkat balik lah...sebab dah kepenatan....esok nak kena datang lagi....walau dengan berat hati...sebab hubby tak dapat ikut serta...tapi tak pe aisy,esok abang2 semua ada...temankan kita...:))








nak balik dah...















Friday, 21 September 2012

Kek Lapis Coklat Lembab


Assalamulaikum..bersua lagi...tapi kali ni nak letakkan gambar2 kek lapis coklat lembap,yang kita buat untuk balik kg masa raya hari tu lagi tau...jadi ni hanyalah tinggal gambarnya saja...untuk diabadikan dalam diari mawar merah kita ni...semangat dtg kembali untuk kumpul koleksi gambar dan resepi kek2 lapis dan sebagainya...untuk kemudahaan kita dihari depan...insyaallah.

kek ni amat sedap dan miost...ia juga menjadi kegemaran anak2 kita ...
layan dululah gambar2 kek ni...
nanti kita masukkan resepinya pula...kalau ada yang ingin mencuba...
ok ini resepinya:

RESEPI Kek Lapis Coklat Lembap
Bahan-Bahan...

sampai disini saja...bye2...:))


Thursday, 20 September 2012

Assalamulaikum...dan salam sejahtera...buat semua yang tersinggah kat blog ini...maklumlah selepas blog pertama dulu telah dihapuskan...mood berblog mula menurun...hari ni tiba2 je mood tu datang agar meneruskan kembali hobi yang satu ini...hihi,lepas ni barulah best nak gi ronda2 kat blog kawan2 yang dah lama tak dijengah...agak2nya leh jumpa lagi tak...huhu.Dah hampir seminggu syawal berlalu...tapi kita baru sempat nak mengabdikan koleksi gambar2 raya 2012...untuk kenangan kita sekeluarga...sampai disini dulu...insyaallah bertemu lagi.
sebahagian ahli keluarga 
bersama adik2 yang dikasihi

 anak-anakku bersama sepupu2nya

family tercinta

bersama ma tersayang...

Thursday, 2 February 2012

pengenalan

Mawarmerah2 adalah kesinambungan kepada blog ku yang terdahulu...mawarmerah. Sayang sekali blog mawarmerah yang begitu aku sayangi hilang tiba2, banyak cerita suka duka ku hilang begitu saja, dan paling aku sayangi ialah deretan resepi dan masakan pun lenyap sekelip mata. Kenapa hilang....aku pun tak tahu, yang pasti tiada yang kekal didunia ini.
Blog ini sekali lagi aku ujudkan agar dapat berhubung kembali dengan kawan2 sealiran, berkongsi cerita suka dan duka, berkongsi resepi dan hobi.